Thursday 10 October 2013

Kenalilah Jenis Kulit Anda

Penjagaan kulit yang berkesan bermula dengan langkah yang mudah iaitu mengenal pasti jenis kulit anda. Jenis kulit yang berbeza memerlukan rawatan & penjagaan yang tersendiri.

Berikut adalah empat (4) jenis kulit:





1. KULIT KERING 
  • Kulit kering selalu berasa ketat dan mungkin disertai garis-garis halus;
  • Porinya lebih kecil tetapi kulit berasa kering dan kasar jika disentuh.    

Fokus: Untuk menambahkan lembapan dan menghidratkan semula kulit bagi mengurangkan kedutan dan pengelupasan.


2. KULIT NORMAL
  • Kulit normal kelihatan licin, halus serta mempunyai nada kulit yang sihat;
  • Tekstur kulitnya halus dan porinya tidak ketara. 

Fokus: Untuk mengekalkan keseimbangan lembapan supaya kulit kekal sihat.


3. KULIT BERMINYAK
  • Ciri-ciri kulit bermintyak adalah ketara; porinya kasar dan kulit kelihatan berminyak;
  • Sebum berlebihan menyebabkan pori tersumbat dan berjerawat.

Fokus: Untuk mengawal penghasilan sebum dan membersihkan pori yang tersumbat dengan kotoran dan minyak berlebihan.



4. KULIT KOMBINASI
  • Jenis kulit ini agak lazim;
  • Kulit jenis ini agak normal kecuali kawasan Zon T adalah berminyak sementara kawasan lain di muka adalah kering atau normal.

Fokus: Untuk memastikan kulit sihat dan seimbang dengan menghidratkan kawasan kering dan mengawal tempat yang lebih berminyak.


Penjagaan kulit dengan menggunakan langkah-langkah penjagaan muka yang asas dan mengamalkan kebersihan diri yang baik dan pemakanan yang sihat boleh memberikan kulit idaman anda untuk terus kelihatan muda, segar, bertenaga dan sihat sepanjang hayat!


No comments:

Post a Comment